PROJEK PERTANIAN LESTARI ANJURAN PEJABAT KAMPUS LESTARI (SCO) DENGAN KERJASAMA YAYASAN UTHM
Posted On 05/01/2023
[smartslider3 slider=”310″]
Date:
2 Januari 2023 (Isnin) | 9.00 am
Place/ Vanue:
Pusat Kitar Semula, UTHM
Participant:
Pejabat Kampus Lestari (SCO) dan Yayasan UTHM
Description:
PROJEK PERTANIAN LESTARI ANJURAN PEJABAT KAMPUS LESTARI (SCO) DENGAN KERJASAMA YAYASAN UTHM
Pejabat Kampus Lestari (SCO) telah melaksanakan Projek Pertanian Lestari secara hidroponik bertingkat dengan menggunakan kaedah Nutrient Film Technique (NFT) iaitu kaedah yang menggunakan pam air bagi mengalirkan larutan baja ke setiap benih pokok yang ditanam.
Kaedah hidroponik bertingkat ini juga merupakan kaedah terkini dalam industri pertanian dan sangat efektif kerana penjimatan ruang serta memerlukan masa yang singkat untuk menuai hasil.
Projek ini telah mendapat sokongan penuh daripada Yayasan UTHM yang menaja 4 set hidroponik bertingkat dan turut memberi peluang kepada pelajar daripada golongan B40 untuk terlibat di dalam proses pembersihan tapak, pemasangan hidroponik, pendawaian elektrik, semaian biji benih dan penyeliaan secara berkala sehingga proses menuai hasil.
Projek yang diketuai oleh Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Fairouz bin Mohd Yousof ini akan menyasarkan penglibatan pelajar-pelajar tahfiz Al-Wasit pada akan datang bagi memberi peluang dan pendedahan kepada mereka berkaitan aktiviti keusahawanan berbentuk pertanian.
Ia sekaligus dapat dapat membantu meningkatkan motivasi diri para pelajar tahfiz dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan mengendalikan tanaman pertanian ini secara berpasukan bagi memastikan pengeluaran produk tani berterusan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual pada masa hadapan.