03 DISEMBER 2024 | PROGRAM PERPINDAHAN ILMU PEDULI HYDROIKLIM – PROTECT OUR PLANET WITH HYDRO KNOWLEDGE
Posted On 09/12/2024
Date:
03 Disember 2024
Place/ Vanue:
Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh (SKSB)
Participant:
Staf & Pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh (SKSB)
Description:
03 DISEMBER 2024 | PROGRAM PERPINDAHAN ILMU PEDULI HYDROIKLIM – PROTECT OUR PLANET WITH HYDRO KNOWLEDGE
Oleh: Ir Dr Hartini binti Kasmin, Pusat Penyelidikan Eco-Hytech, FKAAB UTHM
Seramai 62 orang murid-murid Tahun 5 telah terlibat dalam program perpindahan ilmu ‘Peduli Hydroiklim – Protect our planet with HYDRO knowledge’ yang pertama, yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh (SKSB), Parit Hj Sidek, Batu Pahat pada 3 Disember 2024. Program ini adalah hasil kolaborasi bersama Panitia Sains SKSB iaitu Cikgu Mohd Sheikh bin Ali; dan telah dirasmikan oleh Prof Madya Ir Dr @Mohd Adib bin Mohammad Razi, Ketua Pusat Penyelidikan Eco-Hytech.
Di bawah Sustainable Development Goal (SDG) 13 – Climate Action, program yang dijalankan dalam usaha menyokong perancangan oleh Pejabat Kampus Lestari (SCO), melalui Kluster Air ini telah mendapat sokongan dan dana daripada @Yayasan UTHM. Aktiviti Kluster Air ini merupakan anjuran bersama para penyelidik dan fasilitator staf dan fasilitator pelajar Pusat Penyelidikan @Eco-hytech dan @FKAAB yang telah membantu melaksanakan aktiviti/ program dalam usaha meningkatkan kesedaran murid-murid mengenai kitaran air dan kesan perubahan iklim yang akhirnya mengakibatkan pelbagai bencana bumi yang mana fokus utama program ini adalah bencana air iaitu banjir. Program ini menekankan pemahaman tentang bagaimana perubahan iklim, dan sikap sekecil suka membuang sampah merata-rata pun boleh memberi kesan kepada parit/sungai/laut (merupakan kawasan rendah dalam mukabumi) dan akhirnya boleh menjadi penyumbang utama kepada kejadian banjir. Kefahaman tentang kejadian lain yang juga boleh menjadi penyebab kepada banjir turut dikongsikan. Aktiviti pembentangan, kuiz-kuiz interaktif dan permainan interaktif seperti pertandingan bot laju dan ‘Water Cycle Ladder’ antara aktiviti yang telah dijalankan bersama-sama para fasilitator dan murid-murid ini. Aktiviti berkumpulan membina alat pengukur jumlah hujan menggunakan tolok hujan ringkas dan aktiviti mengukur halaju air bagi parit monsoon di hadapan SKSB menggunakan bot kertas telah turut dijalankan.
Program Perpindahan Ilmu Peduli Hydroiklim ini diharapkan, walau tak banyak, serba sedikit dapat menyuntik dan meningkatkan kesedaran murid-murid tentang pentingnya menjaga kitaran air yang sihat dan memahami kesan perubahan iklim. Melalui aktiviti pendidikan ini, murid-murid ini diharap boleh menyumbang dalam usaha-usaha kecil bagi pencegahan banjir dan adaptasi terhadap perubahan iklim, serta menjaga kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.
Penceramah/Pengarah Program: Ir. Dr. Hartini binti Kasmin (FKAAB)
Tajuk: Sikap Kita Sungai Menderita/ Banjir 15 Oktober di SKSB
Penceramah: Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Tan Lai Wai (FKAAB)
Tajuk: Apa itu kitaran air – bagaimana perubahan air dalam mukabumi berlaku
Penceramah: Prof. Madya Ir. Dr. Siti Nazahiyah binti Rahmat (FKAAB)
Tajuk: Apa itu iklim dan perubahan iklim