PROGRAM “SHAPING THE LIVEABLE NATURE 1.0”
Posted On 05/01/2023
[smartslider3 slider=”309″]
Date:
29 Disember 2022 (Ahad) | 8.00 am – 5.00 pm
Place/ Vanue:
Medan Selera Kg. Semendar, Gersik, Johor
Participant:
SCO, Yayasan UTHM, Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) dan Fakulti Sains Gunaan & Teknologi (FAST)
Description:
29 DISEMBER 2022 | PROGRAM “SHAPING THE LIVEABLE NATURE 1.0”
Pejabat Kampus Lestari (SCO) dengan kerjasama Yayasan UTHM, Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) dan Fakulti Sains Gunaan & Teknologi (FAST) telah menganjurkan program tersebut bertempat di Medan Selera Kg. Semendar, Gersik, Johor. Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Gambir yang mana pengerusinya Hj. Mohd Fauzi Bin Abdullah telah hadir dan sudi untuk merasmikan program.
Program yang diketuai oleh Sr. Ts. Dr. Nazirah binti Mohamad Abdullah ini merupakan proses pemindahan ilmu daripada pelajar FAST kepada komuniti berkaitan mengumpul data pelancongan semulajadi di kawasan mereka.
Sebanyak 4 buah kampung terlibat yang mana setiap kampung telah menghantar 5-10 orang bagi menyertai program ini. Selain proses pemindahan ilmu, peserta turut didedahkan mengenai proses penghasilan sabun daripada minyak masak terpakai dan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar sungai.
Diharapkan program ini dapat dimanfaatkan oleh peserta dan menjadi salah satu inisiatif UTHM bersama komuniti bagi memastikan kelestarian alam sejagat terjamin.