28 FEBRUARI 2024 | MAJLIS PENGHARGAAN HARI PENGUMPULAN BAHAN KITAR SEMULA @ PTj 2023
Posted On 28/02/2024
[smartslider3 slider=”354″]
Date:
28 Februari 2024 (Rabu)
Place/ Vanue:
UTHM
Participant:
SCO & Fakulti/PTj
Description:
28 FEBRUARI 2024 | MAJLIS PENGHARGAAN HARI PENGUMPULAN BAHAN KITAR SEMULA @ PTj 2023
Pejabat Kampus Lestari (SCO) telah menganjurkan Majlis Penghargaan Hari Pengumpulan Bahan Kitar Semula @ PTj 2023 yang berlangsung di Dewan Jamuan, Aras 5 PTTA.
Penganjuran majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan SCO dan UTHM terhadap usaha dan komitmen PTj dalam menjayakan Hari Pengumpulan Bahan Kitar Semula @ PTj 2023 yang diadakan pada bulan Mei – Disember 2023.
Di dalam majlis tersebut turut diadakan sesi penyampaian sijil dan cenderahati kepada PTj yang berjaya mengumpul jumlah berat tertinggi bahan kitar semula PTj. Bagi Kategori Fakulti / Pusat Pengajian, tempat pertama dimenangi oleh Faculty of Mechanical & Manufacturing Engineering FKMP UTHM Johor, tempat kedua dimenangi oleh FPTV UTHM dan tempat ketiga dimenangi oleh Faculty of Computer Science and Information Technology.
Manakala bagi kategori Pejabat / Pusat, tempat pertama dimenangi oleh Pejabat Pengurusan Akademik (PPA), tempat kedua dimenangi oleh Perpustakaan Tunku Tun Aminah dan tempat ketiga dimenangi oleh Pusat Kesihatan Universiti, UTHM. Sesi tersebut telah disempunakan oleh Pengarah SCO iaitu Prof. Ts. Dr. Aeslina binti Abdul Kadir.
Untuk rekod, pengumpulan bahan kitar semula PTj pada tahun 2023 telah meningkat kepada 4,405 kg berbanding tahun sebelumnya 3,022 kg bersamaan dengan peningkatan sebanyak 19%.
Diharapkan penghargaan ini dapat menjadi pemangkin kepada semua PTj untuk lebih agresif dalam membudayakan amalan kitar semula demi mewujudkan sebuah kampus yang lestari.