Energy Management Gold Standard (EMGS 1 Star)
Manager:
Ts. Shukur bin Saleh |
Progress Report:
Sept 2019 – April 2020|
(Pengiktirafan Sijil Energy Management Gold Standard (EMGS)-1 Bintang oleh Greeen Technology Corporation Malaysia).
Introduction:
Sejak tahun 2010, UTHM telah merancang dan melaksanakan inisiatif pengurusan lestari dan cekap tenaga universiti secara berperingkat selari dengan pematuhan Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik dengan Cekap 2008 dibawah Suruhanjaya Tenaga (ST). Pada 24 Feb 2019, UTHM meneruskan komitmen tenaga lestari dengan meluluskan Polisi Tenaga Lestari UTHM. Dimana polisi ini menjadi pemangkin dalam memperkenalkan dasar pengurusan kecekapan tenaga bagi meningkatkan lagi prestasi penggunaan sumber tenaga yang optimum selain mengurangkan kos pengurusan dan utiliti universiti.
Pejabat Kampus Lestari (SCO), adalah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang diamanahkan oleh pengurusan universiti bagi membuat perancangan dan melaksanakan strategi pengurusan cekap tenaga dan program lestari di UTHM. Jesteru itu, bagi memantapkan pelaksanaan dasar dan polisi tenaga universiti, SCO telah merangka perancangan jangka masa panjang bagi UTHM mendapatkan pengiktirafan sijil Energy Management Gold Standard (EMGS) satu (1) hingga tiga (3) Bintang bagi mendapatkan pengiktrafan dari Green Technology Corporation Malaysia (MGTC) dalam usaha gigih UTHM dalam membuat penjimatan dan pengurusan cekap tenaga universiti sepanjang tahun. Kejayaan UTHM mendapat pengiktirafan EMGS ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi imej universiti dan nilai tambah kepada pengiktirafan UI Green Metric World University Ranking pada masa depan.
Duration:
Tempoh Sah EMGS -1 Star : 1 Feb 2020 – 31 Januari 2022.
Objectives:
- Untuk menyahut seruan kerajaan dan mewar-warkan kepada seluruh warga universiti untuk bersama-sama beriltizam bagi menjayakan amalan kecekapan tenaga yang menyeluruh;
- Untuk mengurangkan kos dan kesan-kesan pelepasan karbon yang berpunca daripada amalan penggunaan tenaga yang tidak ekonomik dan lestari;
- Untuk memantapkan lagi pengurusan tenaga lestari universiti selepas mendapatkan pengiktirafan ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) oleh GreenTech Malaysia;
- Untuk menjadikan piawaian EMGS sebagai panduan kepada pihak pengurusan universiti di setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) bagi pelaksanaan dasar kecekapan tenaga yang lebih sistematik selari dengan kelestarian alam sekitar;
- Elemen piawaian EMGS juga akan digunakan sebagai salah satu indikator yang penting dalam memastikan pelaksanaan sistem perolehan hijau kerajaan yang cekap dan mampan pada masa depan.
Progress:
- Penilaian Penarafan EMGS Kampus Induk UTHM pada 25 & 26 September 2019 oleh JuruPenilai Green Tech Malaysia telah berjaya dilaksanakan.
- Laporan Penutupan OFI- Penilaian EMGS UTHM, telah dihantar kepada GreenTech Malaysia pada 01 Disember 2019.
- UTHM Kampus Induk Parit Raja, telah berjaya mendapatkan pengiktirafan Sijil EMGS -1 Bintang pada 29 Januari 2020.
- Perancangan selanjutnya bagi persiapan penilaian EMGS-2 Bintang dan 3 Bintang berdasarkan kepada perancangan strategik pengurusan tenaga yang terkini daripada SeCT-SCO bagi tahun 2021.
No. | Date | SGP3 Progress Report Link |
1. | 14-02-2021 | https://scu.uthm.edu.my/wp-content/uploads/2021/02/Laporan-Ringkas-Kemajuan-EMGS-1Star-2019-2020-web-sco.pdf |