PENILAIAN ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD (EMGS) 2-STAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Posted On 02/01/2023
[smartslider3 slider=”306″]
Date:
27 – 29 Disember 2022 (Selasa -Khamis) | 9.00 am – 5.00 pm
Place/ Vanue:
UTHM
Participant:
Penilai MGTC, Staf SCO, Staf PPP, Ahli JPKTU, JPPKTU, MPP Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Seluruh Warga UTHM
Description:
27-29 DISEMBER 2022 | PENILAIAN ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD (EMGS) 2-STAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dinilai untuk penarafan Energy Management Gold Standard (EMGS) 2-Star oleh Malaysian Green Technology and Climate Change (MGTC).
Penilaian ini adalah merangkumi aspek pengurusan dan kecekapan penggunaan tenaga oleh universiti susulan penarafan EMGS 1-Star yang diperolehi pada tahun 2020.
Penilaian ini adalah merangkumi aspek pengurusan dan kecekapan penggunaan tenaga oleh universiti susulan penarafan EMGS 1-Star yang diperolehi pada tahun 2020.
Mesyuarat perasmian EMGS 2-Star ini telah dipengerusikan oleh Prof. Ir. Dr. Md Saidin bin Wahab, Penolong Naib Canselor (Digital & Infrastruktur). Manakala proses penilaian diketuai oleh En. Ahmad Munawir Mohd Hanif, Ir. Mohammad Fitri Khalid, Ir. Mohd Zaini Abu Hasan dan Ts. Suhaidah binti Sulaiman. Di akhir penilaian UTHM telah berjaya memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dan diberikan 7 Opportunity For Improvement (OFI) bagi proses penambahbaikan sebagai persediaan ke arah penarafan EMGS – 3 Star.
Gerak kerja EMGS 2-Star ini telah diketuai oleh Prof. Madya Ir. Dr. Fairouz bin Mohd Yousof selaku Pengurus Tenaga Universiti, Profesor Ts. Dr. Aeslina Abd. Kadir (Pengarah SCO), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Azahari Razali (REEM UTHM), staf Pejabat Kampus Lestari (SCO), staf Pejabat Pembangunan & Penyenggaraan (PPP), ahli Jawatankuasa Pengurusan Kecekapan Tenaga Universiti (JPKTU) dan ahli Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Kecekapan Tenaga Universiti (JPPKTU) peringkat pusat tanggungjawab. Pelbagai aktiviti hijau & inisiatif kelestarian telah dilaksanakan dan ianya disokong oleh pengurusan tertinggi universiti terutamanya dalam meluluskan belanjawan.
#SCOgogreen
#UTHMgreencampus