LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Posted On 23/02/2022
Date:
23 Februari 2022 (Rabu) | 2.30 pm
Place/ Vanue:
UTHM
Participant:
Pejabat Kampus Lestari & Masjlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Description:
23 FEBRUARI 2022 | LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Pejabat Kampus Lestari (SCO) telah menerima kunjungan daripada Masjlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi tujuan lawatan kerja projek pemasangan solar bumbung di UTHM.
Program dimulakan dengan lawatan di sekeliling kampus untuk melihat bangunan-bangunan yang telah di pasang sistem solar. Seterusnya delegasi telah melawat parkir solar di bangunan FKEE untuk melihat sistem yang berkaitan dengan pemasangan solar.
Setelah sesi lawatan selesai, delegasi diberikan penerangan berkaitan operasi pejabat secara umum oleh Pengarah Pejabat Kampus Lestari iaitu Prof. Ts. Dr. Aeslina binti Abdul Kadir.
Sesi penerangan diteruskan dengan pembentangan projek pemasangan solar bumbung di UTHM oleh Pengurus Tenaga Universiti iaitu Prof. Madya Dr. Mohammad Kamil bin Abdullah.