Welcome
UTHM Energy Quiz
Sasaran Tenaga Univ. 2022
Energy - Oktober 2022
Waste - Oktober 2022
Infografik Air - Ogos 2022
PTj according to EAC
Recycling Zon A
Recycling Zon B
Recycling Zon C
Recycling Zon D
2-6
284678134_514610433787203_8515934557520149547_n
284674461_514610450453868_2966112342389110220_n
Ranking Malaysia UIGMWUR 2021
eBuletin Bil122021
eBuletin Bil1/2021
Operasi RPPS - PPN
RPPS
{"visible_panels":"10","width":"2200","height":"300","orientation":"horizontal","panel_distance":"0","max_openedaccordion_size":"80%","open_panel_on":"hover","shadow":"true","autoplay":"true","mouse_wheel":"false"}

SESI PENYAMPAIAN SIJIL PENARAFAN DAN HADIAH PERTANDINGAN ANJURAN PEJABAT KAMPUS LESTARI

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

 

Date:
21 September 2022 ( Rabu) | 8.30 am -9.00am

Place/ Vanue:
Lobi Canselori, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah

Participant:
Staf UTHM

Description:
UTHMevents | 21 September 2022 | Sesi Penyampaian Sijil Penarafan dan Hadiah Pertandingan Anjuran Pejabat Kampus Lestari di Lobi Canselori, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Prof. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM hari ini meluangkan masa bagi menyempurnakan Sesi Penyampaian Sijil Penarafan dan Hadiah Pertandingan Anjuran Pejabat Kampus Lestari.
Pada sesi ini, Naib Canselor telah menyampaikan sijil penarafan Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) bagi UTHM yang telah menerima penarafan Diamond Recognition Kategori Zon (12 Diamond) kepada Pengarah Pejabat Kampus Lestari manakala FPTP pula telah menerima penarafan Diamond Recognition (6 Diamond) bagi kategori Rakan Kongsi.
Bagi pertandingan anjuran Pejabat Kampus Lestari pula ia melibatkan Pertandingan Penanaman Pokok Berkayu di Kampus (Fasa 1) dan Pertandingan Sudut Tenaga @ PTj.
Pertandingan Penanaman Pokok Berkayu di Kampus (Fasa 1) dianjurkan adalah sebagai tanda sokongan terhadap Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang telah dilancarkan di peringkat nasional oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dengan tema “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” atau “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life”. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV) sebagai Johan, diikuti oleh Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) di tempat Kedua manakala Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) di tempat Ketiga.
Manakala Pertandingan Sudut Tenaga @ PTj dianjurkan sejajar dengan keperluan penarafan Energy Management Gold Standard (EMGS) 2 Star bagi UTHM selain sebagai kempen kesedaran kepada warga kampus terhadap penggunaan tenaga di kampus. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) sebagai Johan, diikuti oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) di tempat Kedua manakala Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) di tempat Ketiga.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil dan hadiah berupa mesin rumput dan hamper yang telah ditaja oleh Yayasan UTHM.