26 NOVEMBER 2024 | KURSUS ENERGY MANAGEMENT ESSENTIAL
Posted On 26/11/2024
Date:
26 November 2024
Place/ Vanue:
UTHM
Participant:
Staf & Student UTHM
Description:
26 NOVEMBER 2024 | KURSUS ENERGY MANAGEMENT ESSENTIAL
Pejabat Kampus Lestari dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjurkan Kursus Energy Management Essential yang dijalankan di Bilik Seminar dan Makmal Teknologi Elektrik, Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV).
Objektif kursus adalah untuk memberi pemahaman kepada peserta berkaitan kaedah pengurusan tenaga khususnya di UTHM serta proses bagaimana untuk melaksanakan audit tenaga di pejabat dan bagaimana untuk memilih peralatan elektrik cekap tenaga. Selain itu, peserta turut diberi kesedaran tentang pentingnya amalan jimat tenaga dilaksanakan oleh setiap individu secara berterusan kerana ianya turut memberi impak penjimatan tenaga kepada universiti secara keseluruhan.
Peserta kursus adalah terdiri daripada staf UTHM di kalangan Penyelaras Tenaga di setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) dan kursus ini dibahagikan kepada 3 slot sebagaimana berikut :
Penceramah: Ts. Dr. Ahmad Fateh bin Mohamad Nor (FKEE)
Tajuk: Pengenalan kepada Pengurusan Tenaga
Penceramah: Ts. Dr. Khairul Rijal bin Wagiman (FPTV)
Tajuk: Hands-On: Lighting Technologies and Audit in Building
Penceramah luar : Encik Mohd Faiz Bin Hassan – Managing Director (MyCES)
Tajuk: Maximizing Energy Efficiency: An Electric Saving Initiative