20 NOVEMBER 2024 | TOSHIBA INTERNATIONAL FOUNDATION ORGANIZATION’S (TIFO) INTERNATIONAL MOBILITY: CULTIVATING LOW CARBON FOOTPRINT LIFESTYLE
Posted On 16/12/2024
Date:
20 November 2024
Place/ Vanue:
Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA)
Participant:
Staf & Student UTHM, SWM Environment Sdn. Bhd., Universiti Trisakti, Indonesia, Universiti Chulalongkorn, Thailand & Toshiba International Foundation (TIFO)
Description:
20 NOVEMBER 2024 | TOSHIBA INTERNATIONAL FOUNDATION ORGANIZATION’S (TIFO) INTERNATIONAL MOBILITY: CULTIVATING LOW CARBON FOOTPRINT LIFESTYLE
Bertempat di Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), seramai 100 orang telah menghadiri suatu seminar bertajuk Cultivating Low Carbon Footprint Lifestyle dengan kerjasama antara UTHM bersama Institute for Global Environmental Strategies, Universiti Trisakti, Indonesia dan Universiti Chulalongkorn, Thailand bersama Toshiba International Foundation (TIFO) dibawah geran antarabangsa X294 bertajuk Culturing “Do You Kyoto” Low Carbon Footprint Lifestyle in Creating a Decarbonization Behaviour Towards Net Zero Carbon in Developing Countries.
Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM, Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad untuk merasmikan seminar tersebut.
Seminar ini tertumpu untuk memberi pendedahan dan kesedaran berkenaan amalan gaya hidup rendah karbon. Seminar ini melibatkan peserta dan para penyelidik daripada Malaysia, Jepun, Thailand dan Indonesia. Penglibatan dalam seminar ini disasarkan untuk meningkatkan kesedaran dan penyesuaian gaya hidup rendah karbon dalam mengurangkan pelepasan karbon dalam kehidupan seharian sekaligus meminimumkan impak negatif terhadap alam sekitar dan mewujudkan persekitaran yang lestari.
Seminar ini turut diserikan dengan kehadiran wakil dari SWM Environment Sdn. Bhd. sebagai pempamer.
Pengarah Program/Penceramah: Prof. Ts. Dr. Aeslina Abdul Kadir (SCO)
Tajuk 1: Experience in TIFO “Do You Kyoto” Educational Visit in Japan
Penceramah: Dr. Atsushi Watabe (Institute for Global Environmental Strategies)
Tajuk 2: Unlearning for Happier Futures : More than just Low Carbon Living
Penceramah: Ms. Alice Yamabe-Ledoux (Institute for Global Environmental Strategies)
Tajuk: Redefining the Good Life : Local Solutions for Low Carbon Societies
Penceramah: Dr. Ir. Ratnaningsih Ruhiyat (Trisakti University)
Tajuk: Actions for Reducing Lifestyle Carbon Footprints.
Penceramah: Dr. Pasicha Chaikaew (Chulalongkorn University)
Tajuk: Lesson Learnt for Promoting Low Carbon Lifestyle in the Fast-Growing City