30 MEI 2024 | PROGRAM PENANAMAN POKOK KERJASAMA UTHM DAN EVERGREEN FIBREBOARD BERHAD
Posted On 30/05/2024
[smartslider3 slider=”358″]
Date:
30 Mei 2024 (Khamis)
Place/ Vanue:
UTHM
Participant:
UTHM dan Evergreen Fibreboard Berhad
Description:
30 MEI 2024 | PROGRAM PENANAMAN POKOK KERJASAMA UTHM DAN EVERGREEN FIBREBOARD BERHAD
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Evergreen Fibreboard Berhad telah mengadakan kerjasama bagi melaksanakan program penanaman anak pokok di Kampus Induk, Parit Raja. Program ini merupakan Corporate Social Responsibility (CSR) pihak Evergreen Fibreboard Berhad disamping menjadi salah satu inisiatif UTHM dalam menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bermula 2021 hingga 2025.
Sebanyak 500 pokok telah disumbangkan oleh pihak Evergreen Fibreboard Berhad dan 300 anak pokok spesis Eucalyptus Robusta (Swamp Mahogany) telah berjaya ditanam di kawasan Buffer Zone, Blok G7. Pemilihan kawasan ini adalah bertujuan sebagai penebat terhadap habuk dan bunyi yang dihasilkan daripada kawasan perindustrian berhampiran.
Program ini telah selaraskan oleh Sustainable Campus Office-SCO bersama Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan (PPP), Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF), Yayasan UTHM dan UTHM Planeteers.
Sesi penanaman anak pokok ini disempurnakan oleh En. Naim bin Maslan, Pendaftar UTHM dan En. Geam Yong Kia, Pengurus Operasi Evergreen Fibreboard Berhad. Turut hadir adalah Ketua – Ketua Pusat Tanggungjawab terlibat, staf, kakitangan Evergreen dan pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) dan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP).
Pautan News Portal UTHM :