Welcome
Energy June 2024
Waste June 2024
1 Muharran 1446H
Energy May 2024
Water -May 2024
Waste May 2024
EMGS 3-STAR
INISIATIF TENAGA
Poster Digital 2024
EMGS 2-STAR
Energy April 2024
Water -April 2024
Waste April 2024
World Water Day 2024
Energy March 2024
Water -March 2024
Waste March 2024
Energy Feb 2024
Water - Feb 2024
Waste Feb 2024
Energy Jan 2024
Water - Jan 2024
Waste Jan 2024
PTj according to EAC
EMGS 1-Star
Operasi RPPS - PPN
RPPS
INISIATIF TENAGA
{"visible_panels":"10","width":"2200","height":"300","orientation":"horizontal","panel_distance":"0","max_openedaccordion_size":"80%","open_panel_on":"hover","shadow":"true","autoplay":"true","mouse_wheel":"false"}

18 OKTOBER 2024 | PROGRAM TAMAN HERBA PUSAT KITAR SEMULA

Date:
18 Oktober 2024

Place/ Vanue:
UTHM Recycling Centre

Participant:
Staf & Planeteers Club

Description: 
18 OKTOBER 2024 | PROGRAM TAMAN HERBA PUSAT KITAR SEMULA
Oleh : Dr. Emedya Murniwaty Samsudin, Pusat Pembangunan Pelajar UTHM
Batu Pahat – Seramai 42 pelajar telah hadir menyertai program Projek Taman Herba Pusat kitar Semula, Kampus Parit Raja yang berlangsung di Pusat Kitar Semula Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 18 Oktober 2024.
Program anjuran Kelab Planeteers dengan kerjasama Pejabat Kampus Lestari (Sustainable Campus Office SCO), UTHM ini telah mendapat sokongan dan dana daripada Yayasan UTHM bagi perbelanjaan peralatan program dan anak-anak pokok. Penganjuran program ini bertujuan untuk menyokong inisiatif Kampus Lestari serta melatih dan memupuk minat berkebun dalam kalangan pelajar B40 UTHM.
Menurut President Kelab Planeteers UTHM, Muhamad Khairul Amin Bin Mohd Khairulanis, sebahagian besar daripada peserta merupakan pelajar tahun satu yang baharu sahaja beberapa minggu mendaftar pengajian di UTHM. Perkembangan ini sangat positif dan menunjukkan generasi muda sangat cakna dan peka kepada alam persekitaran dan minat untuk belajar bukan Sahaja bidang pengajian yang mereka ikuti di UTHM, tetapi juga Kemahiran-kemahiran lain terutamanya aktiviti berkebun.
“Sebilangan peserta datang ke program dengan berjalan kaki dari kolej kediaman ke Kabin Planeteers di Pusat Kitar Semula UTHM kerana tidak mempunyai kenderaan. Saya memandang perkara ini sebagai suatu tanda kebangkitan semangat yang tinggi terhadap nilai cinta alam dalam kalangan pelajar baharu UTHM”
Dalam program ini, sebanyak 17 anak pokok herba dan 33 batang pokok berkayu telah ditanam dan akan diuruskan penjagaannya oleh ahli-ahli Kelab Planeteers UTHM. Selain itu program ini sekaligus berjaya membersihkan kawasan sekitar Rumah Pembelajaran Pemulihan Sumber (RPPS) dan Pusat Operasi Planeteers UTHM.
“Tidak lama lagi, tanaman herba dan pokok-pokok buah kami akan mengeluarkan hasil. Kita akan jadikan hasil tanaman ini sebagai sumber pendapatan ahli-ahli kelab terutamanya di kalangan pelajar B40” katanya.
Wakil Pejabat Kampus Lestari, Prof. Madya Dr Nur Shaylinda Binti Mohd Zain dan Penasihat Kelab Planeteers (Kampus Parit Raja), Dr. Emedya Murniwaty Binti Samsudin turut hadir bersama-sama bergotong-royong membersihkan persekitaran Pusat Kitar Semula dan turut berkebun bersama-sama pelajar pada program ini.