Welcome
Energy June 2024
Waste June 2024
1 Muharran 1446H
Energy May 2024
Water -May 2024
Waste May 2024
EMGS 3-STAR
INISIATIF TENAGA
Poster Digital 2024
EMGS 2-STAR
Energy April 2024
Water -April 2024
Waste April 2024
World Water Day 2024
Energy March 2024
Water -March 2024
Waste March 2024
Energy Feb 2024
Water - Feb 2024
Waste Feb 2024
Energy Jan 2024
Water - Jan 2024
Waste Jan 2024
PTj according to EAC
EMGS 1-Star
Operasi RPPS - PPN
RPPS
INISIATIF TENAGA
{"visible_panels":"10","width":"2200","height":"300","orientation":"horizontal","panel_distance":"0","max_openedaccordion_size":"80%","open_panel_on":"hover","shadow":"true","autoplay":"true","mouse_wheel":"false"}

UTHM MELONJAK KE RANKING 132 SEKALIGUS MENJADI ANTARA 150 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA DALAM PENARAFAN UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2023

[smartslider3 slider=”335″]

 

Date:
18 Disember 2023  (Isnin)

Place/ Vanue:
Penarafan Antarabangsa (UI GMWUR) 2023

Participant:
Jawatankuasa Pengurusan Kelestarian Universiti (JPKU), Jawatankuasa Pengurusan & Kecekapan Tenaga Universiti (JPPKTU),
Penyelaras Data Hijau PTj, Pusat Kecemerlangan/Pusat Penyelidikan UTHM & SCO

Description: 
UTHM MELONJAK KE RANKING 132 SEKALIGUS MENJADI ANTARA 150 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA DALAM PENARAFAN UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2023
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM telah memperolehi keputusan yang membanggakan apabila melonjak ke ranking 132 sekaligus menjadi antara 150 universiti terbaik dunia dalam penarafan UI GreenMetric World University Rankings (UIGWUR) 2023 menerusi pengumuman oleh sekretariat penarafan pada 5 Disember 2023.
Penarafan UIGWUR yang melibatkan 1,183 penyertaan universiti dari seluruh dunia pada tahun ini menyaksikan UTHM berjaya melonjak naik 33 anak tangga di kedudukan yang ke-132 berbanding di kedudukan ke-165 pada tahun lalu sekaligus menjadi pencapaian terbaik yang pernah dicapai oleh UTHM di sepanjang penyertaannya sejak tahun 2017.
Manakala bagi kedudukan IPTA/IPTS di Malaysia, UTHM kekal di kedudukan ke-9 pada tahun ini daripada penyertaan 43 IPTA/IPTS seluruh negara seterusnya kekal menjadi antara 10 universiti terbaik di Malaysia.
Penarafan UIGWUR ini merangkumi penilaian inisiatif kelestarian yang dilaksanakan oleh universiti berdasarkan elemen-elemen yang ditetapkan iaitu Tetapan dan Infrastruktur, Tenaga dan Perubahan Iklim, Sisa, Air, Pengangkutan serta Pendidikan dan Penyelidikan. Lebih membanggakan, elemen Pendidikan dan Penyelidikan mencatatkan markah penuh 100% dengan kedudukan ranking ke-23 keseluruhan dan ke-2 di Malaysia.
Menurut Pengarah Pejabat Kampus Lestari (SCO), Profesor Ts. Dr. Aeslina Abdul Kadir proses pengumpulan data dan penyediaan laporan UIGMWUR 2023 telah bermula pada bulan Mac 2023 dan penghantaran laporan dan evidence kepada sekretariat telah disempurnakan pada 30 Oktober 2023.
“Pengumpulan data ini telah diselaraskan oleh Prof. Madya Dr. Nur Shaylinda binti Mohd Zin di bawah SCO yang melibatkan Penyelaras Data Hijau daripada 27 PTj dan Pusat Kecemerlangan/Pusat Penyelidikan UTHM,” katanya. “Manakala bagi proses penyediaan laporan telah dilaksanakan oleh SCO bersama Jawatankuasa Pengurusan Kelestarian Universiti (JPKU),” tambahnya lagi.
JPKU adalah terdiri daripada Kluster Sisa dan Kitar Semula diketuai oleh Ir. Ts. Dr. Tong Yean Ghing, Kluster Air diketuai oleh Dr. Amani Filzah Mohd Kamil, Kluster Perjalanan dan Pengangkutan diketuai oleh Dr. Mohammad Nasir Mohamad Taher, Kluster Pendidikan dan Penyelidikan diketuai oleh Dr. Nur Adila Ab. Aziz, Kluster Pembangunan, Iklim dan Daya Tahan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rozlin Zainal, Kluster Bangunan Hijau diketuai oleh Dr. Mohd Azuan Zakaria dank Kluster Tenaga diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Noor Abdullah. Setiap ketua kluster telah menyelaras penyediaan laporan bagi setiap elemen penilaian UIGWUR dan dibantu oleh ahli-ahlinya.
Selain itu, UTHM turut diberikan penghargaan di atas usaha yang telah dilakukan terhadap pengurusan e-waste di kampus menerusi penganugerahan sijil “UI GreenMetric E-Waste Campaign”.
“Kejayaan ini menunjukkan semangat dan komitmen oleh warga UTHM dalam membudayakan amalan kelestarian di kampus adalah tinggi dan semakin baik’’.
“Disamping itu, ia secara tidak langsung akan meningkatkan lagi imej UTHM di peringkat nasional dan global,” katanya.