Welcome
Energy June 2024
Waste June 2024
1 Muharran 1446H
Energy May 2024
Water -May 2024
Waste May 2024
EMGS 3-STAR
INISIATIF TENAGA
Poster Digital 2024
EMGS 2-STAR
Energy April 2024
Water -April 2024
Waste April 2024
World Water Day 2024
Energy March 2024
Water -March 2024
Waste March 2024
Energy Feb 2024
Water - Feb 2024
Waste Feb 2024
Energy Jan 2024
Water - Jan 2024
Waste Jan 2024
PTj according to EAC
EMGS 1-Star
Operasi RPPS - PPN
RPPS
INISIATIF TENAGA
{"visible_panels":"10","width":"2200","height":"300","orientation":"horizontal","panel_distance":"0","max_openedaccordion_size":"80%","open_panel_on":"hover","shadow":"true","autoplay":"true","mouse_wheel":"false"}

UTHM DI KEDUDUKAN 131 TERBAIK DUNIA DALAM PENARAFAN UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2024

Date:
20 Disember 2024

Place/ Vanue:
UTHM

Participant:
UTHM

Description: 
UTHM DI KEDUDUKAN 131 TERBAIK DUNIA DALAM PENARAFAN UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2024
Keputusan penarafan UI GreenMetric World University Rankings (UIGWUR) 2024 menerusi pengumuman oleh sekretariat penarafan pada 12 Disember 2024 di São Paulo, Brazil mengumumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memperolehi keputusan kedudukan ke 131, sekaligus menjadi antara 150 universiti terbaik dunia dalam penarafan tersebut.
Ini merupakan pencapaian terbaik UTHM pada kedudukan 131 sejak penyertaannya pada tahun 2017 berbanding dengan pencapaian-pencapaian pada tahun lepas. Penyertaan penarafan UIGWUR kali ini melibatkan 1,477 penyertaan universiti dari seluruh dunia.
UTHM juga berjaya berada di kedudukan ke-8 daripada penyertaan 60 IPTA/IPTS di Malaysia pada tahun ini, yang juga merupakan kedudukan terbaik dan menyaksikan UTHM kekal menjadi antara 10 universiti tempatan terbaik dalam aspek kelestarian hijau di bawah penarafan ini.
Kedudukan ini disumbangkan oleh inisiatif kelestarian yang dilaksanakan oleh Universiti, yang dinilai berdasarkan elemen yang ditetapkan dalam penarafan UIGWUR iaitu Tetapan dan Infrastruktur, Tenaga dan Perubahan Iklim, Sisa, Air, Pengangkutan serta Pendidikan dan Penyelidikan. Universiti juga berjaya mengekalkan markah penuh 100% untuk elemen Pendidikan dan Penyelidikan, meletakkan UTHM di tempat ke 4 di Malaysia dan tempat ke 35 yang terbaik dunia menerusi elemen tersebut. Antara elemen lain yang turut mengalami peningkatan ialah Tetapan dan Infrastruktur dengan markah 81.67% (kedudukan ke 12 peringkat nasional dan ke 157 peringkat dunia), elemen Sisa dengan markah 87.5% (kedudukan ke 7 peringkat nasional dan ke 146 peringkat dunia) dan elemen Pengangkutan dengan markah 87.5% (kedudukan ke 8 peringkat nasional dan ke 119 peringkat dunia).
Pengumpulan data ini telah diselaraskan oleh Prof. Madya Dr. Nur Shaylinda binti Mohd Zin di bawah Pejabat Kampus Lestari (SCO) bermula pada bulan Mac 2024 yang melibatkan Penyelaras Data Hijau dari Pusat Tanggungjawab (PTj) dan Pusat Kecemerlangan/Pusat Penyelidikan UTHM.
Proses penyediaan laporan dilaksanakan oleh SCO bersama Jawatankuasa Pengurusan Kelestarian Universiti (JPKU) dan Jawatankuasa Pengurusan Kecekapan Tenaga Universiti (JPKTU) melalui Ketua Kluster dan ahli-ahlinya yang terdiri daripada Kluster Sisa dan Kitar Semula diketuai oleh Ir. Ts. Dr. Tong Yean Ghing, Kluster Air diketuai oleh Ir. Dr. Hartini Kasmin, Kluster Perjalanan dan Pengangkutan diketuai oleh Dr. Mohammad Nasir Mohamad Taher, Kluster Pendidikan dan Penyelidikan diketuai oleh Dr. Nur Adila Ab. Aziz, Kluster Pembangunan, Iklim dan Daya Tahan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rozlin Zainal, Kluster Bangunan Hijau diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Azeanita Suratkon dan Kluster Tenaga diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Noor Abdullah.
Penghantaran laporan dan evidence kepada sekretariat telah disempurnakan pada 29 Oktober 2024 yang lalu.
Pengarah Pejabat Kampus Lestari (SCO), Profesor Ts. Dr. Aeslina Abdul Kadir berkata “Pencapaian ini menunjukkan warga UTHM lebih cakna dan semakin komited dalam membudayakan amalan kelestarian di Universiti.” Tambahnya lagi, beliau menghargai sumbangan dan inisiatif yang dilakukan oleh seluruh warga Universiti dalam menerapkan amalan kelestarian yang kemudiannya diterjemah melalui penarafan UIGWUR ini.