Welcome
Energy June 2024
Waste June 2024
1 Muharran 1446H
Energy May 2024
Water -May 2024
Waste May 2024
EMGS 3-STAR
INISIATIF TENAGA
Poster Digital 2024
EMGS 2-STAR
Energy April 2024
Water -April 2024
Waste April 2024
World Water Day 2024
Energy March 2024
Water -March 2024
Waste March 2024
Energy Feb 2024
Water - Feb 2024
Waste Feb 2024
Energy Jan 2024
Water - Jan 2024
Waste Jan 2024
PTj according to EAC
EMGS 1-Star
Operasi RPPS - PPN
RPPS
INISIATIF TENAGA
{"visible_panels":"10","width":"2200","height":"300","orientation":"horizontal","panel_distance":"0","max_openedaccordion_size":"80%","open_panel_on":"hover","shadow":"true","autoplay":"true","mouse_wheel":"false"}

APRIL – JUN 2024 |PROGRAM EARTH MONTH AWARENESS 2024 SEMARAK BUDAYA LESTARI DI KALANGAN WARGA UTHM

[smartslider3 slider=”362″]

Date:
1 April 2024 sehingga 30 Jun 2024.

Place/ Vanue:
UTHM

Participant:
Staf & Student UTHM

Description: 
APRIL – JUN 2024 |PROGRAM EARTH MONTH AWARENESS 2024 SEMARAK BUDAYA LESTARI DI KALANGAN WARGA UTHM

BATU PAHAT – Pejabat Kampus Lestari (SCO) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Kelestarian Universiti (JPKU) telah berjaya menganjurkan Program Earth Month Awareness 2024 yang bermula pada 1 April 2024 sehingga 30 Jun 2024.

Program Earth Month Awareness ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh SCO bersempena dengan sambutan International Mother Earth Day pada 22 April dan World Enviroment Day pada 5 Jun setiap tahun.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti webinar, pertandingan, kempen, kursus dan program kelestarian yang bertujuan menarik minat dan memupuk budaya lestari dikalangan warga UTHM dan komuniti luar.

Menurut Ketua Jabatan (Pengurusan & Kejuruteraan Lestari), Prof. Madya Dr. Nur Shaylinda binti Mohd Zin, secara keseluruhannya sebanyak 9 webinar dan 3 pertandingan dianjurkan selain pelaksanaan kempen dan kursus bagi memperkasa budaya lestari di kalangan warga UTHM. Disamping itu, program penanaman pokok juga dianjurkan serta 2 program kitar semula di peringkat PTj telah diadakan bagi memudahkan warga UTHM melakukan aktiviti kitar semula di pejabat masing-masing.

“Terima kasih diucapkan kepada semua ketua bagi setiap kluster JPKU iaitu Ir. Ts. Dr. Tong Yean Ghing (Sisa dan Kitar Semula), Ir. Dr. Hartini binti Kasmin (Air), Dr. Mohammad Nasir Mohamad Taher (Perjalanan dan Pengangkutan), Dr. Nur Adila Ab. Aziz (Pendidikan dan Penyelidikan), Prof. Madya Dr. Rozlin Zainal (Pembangunan, Iklim dan Daya Tahan), Prof. Madya Ts. Dr. Azeanita binti Suratkon (Bangunan Hijau) dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Noor Abdullah (Tenaga) bersama ahli-ahlinya yang telah menyokong penuh penganjuran program ini dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung.” katanya.

“Diharapkan dengan penglibatan warga UTHM di dalam program ini dapat menyemarakkan lagi budaya lestari demi mewujudkan sebuah kampus yang lebih kondusif.” tambahnya lagi.